CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rainforest Discovery Centre

 Assalamualaikum...

Pada cuti semester 1 ini, saya (Farhanah Atiqah) telah pergi ke Rainforest Discovery Centre yang terletak di Sandakan,Sabah. Saya pergi ke sana bersama kawan-kawan sekolah menengah saya yang dua daripadanya pelajar UTM. Kami pergi berempat berikutan kawan-kawan lain sibuk dengan hal masing-masing. Di sini,ingin saya kongsikan pengalaman semasa berada di sana.

Rainforest Discovery Centre ini terletak 23 kilometer dari bandar Sandakan dan merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan di Sabah. Ia terletak tidak jauh daripada Sepilok Rehabilitation Centre. Di sini,anda boleh menyaksikan dan menghayati kecantikan alam semula jadi kerana pusat ini menempatkan pelbagai jenis tumbuhan serta burung. Salah satu burung yang menarik perhatian saya dan kawan-kawan ialah burung kenyalang. 

Berikut ialah sedikit informasi

Harga tiket:

Malaysia:RM 2.00 (kanak-kanak) RM 5.00 (dewasa)
Luar negara:RM 10.00 (kanak-kanak/dewasa)
Dibuka setiap hari termasuk pada cuti umum dari jam 8 pagi hingga 5 petang

Gambar-gambar:

Dari kiri:Kamis,Rayner dan Hana

Dari kiri:Kamis,Rayner dan Shahran
Hornbill Tower:Menara di mana anda dapat menyaksikan burung kenyalang berterbangan di sekitar kawasan
Puncak Hornbill tower
Kawasan sekeliling
Membaca peta
Sepilok giant, pokok terbesar di sini yang memerlukan 17 orang memeluknya
Baca peta....lagi
Bristlehead Tower
Di pondok rehat
Ada liputan juga
Jambatan gantung yang tidak berbahaya sekiranya anda tidak bergoyang-goyang/melompat di atasnya

Gembiranya dua orang ni...
Itu sahaja untuk kali ini...
Bye...
^^

8 sekawan

Dari kiri:Jacline,Cynthia dan Valentina


Pada 2 Disember yang lalu (Jumaat),UTM telah mengadakan program 8 sekawan untuk kali kedua.Program itu cuma melibatkan mahasiswa tahun pertama sahaja.Setiap kolej menghantar mahasiswa tahun pertama mereka dan kami dibahagikan mengikut kumpulan.Setiap kumpulan hanya boleh mempunyai 8 orang ahli sahaja.Tak boleh 7 orang atau 9 orang.Program ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama (jiran).Maksudnya jika satu bilik ada 2 orang,kita sepatutnya kenal siapa jiran bilik sebelah dan bilik depan.Itulah yang dicakapkan semasa ucapan.(Penulis sendiri berasa pelik).
Di dalam dewan Tun Rahah,Kolej Tun Razak

Peserta-peserta 8 sekawan menunngu di dewan sebelum berangkat ke stadium UTM
Kami sangat bertuah dapat masuk ke stadium UTM.Waktu tu,stadium ini belum lagi dirasmikan.Kiranya,kamilah yang merasmikannya.Hehe ^^
Inilah kumpulan kami

Ai,kenapa ada 6 orang je ni?

Posing jangan tak posing

Hidayah dan Carrie
Stadium UTM ni memang sangat besar.Ia boleh memuatkan 17,000 orang di dalamnya.15,000 di tempat duduk berbumbung dan 2,000 di tempat duduk tidak berbumbung.
Tengoklah bumbung stadium ni

Cuba teka gambar siapa tu?

Cynthia

Farhanah


Hidayah dan Farhanah


Semasa ucapan


Tarian zapin Johor


Selepas ucapan dan menonton persembahan,kami diminta berkumpu mengkut kumpulan masing-masing.Kemudian, kami diberi beberapa aktivti dan melakukannya dalam kumpulan masing-masing.
Bersemangat walaupun ketika hujan

Kumpulan kami

Ceria-ceria selalu

Latihan dalam kumpulan

Bermain bersama




Kesimpulannya,aktiviti 8 Sekawan ini membantu kami berinteraksi dengan kaum dari pelbagai bangsa dan agama.Kami juga kini menjadi lebih rapat daripada dahulu dan berpeluang bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain.
^^

DOMINOS


Beberapa minggu yang lalu,Alia dan Aisyah membeli kupon Domino.Dan,lebih kurang 2 minggu yang lalu,kami memesan pizza daripada Domino.Waktu tu kami baru sahaja balik daripada kelas,dan mendapati bekalan elektrik di Kolej Tun Razak masih lagi terputus.Fuh!Panas sungguh waktu tu.Duduk di bilik terasa seperti duduk di dalam oven.Bukan setakat panas,malah kami juga sangat lapar.Nak makan kat Cengal pun kawasan sana tak ada bekalan elektrik.Dan kami tak mahu makan dalam keadaan yang gelap,manalah tahu,kot-kot nanti tercekik tulang ikan.Jadi,kami,buat pertama kalinya kat Kolej Tun Razak ni,orderlah pizza Domino.Kami kongsi 4 orang,Alia,Farhanah,Linda,dan Hanan.Dan kami pesan 1 pizza bersair besar,dan 2 bersaiz sederhana.


Kupon-kupon Domino yang banyak

Lebih banyak kupon


Bila pesanan dihantar kepada kami,entah kenapa dia tak ambil kupon yang kami guna untuk pesan pizza yang sebelum itu.Dia siap beri kupon yang baru lagi.Betul-betul menggoda kami untuk memesan lebih banyak pizza,seraya menambahkan lebih banyak berat badan.

3 pizza,nugget ayam,onion rings dan roti
Gambar kat atas ni diambil minggu lepas.Kami (Alia dan Farhanah) tengah lapar sangat waktu tu.Jadi kami bercadang nak pesan pizza (lagi).Jadi ajaklah Cynthia sekali.Hoho,inilah kelebihan tinggal di blok yang sama,nak menggoda orang untuk makan bersama tak perlu guna sms.Terus pergi ke bilik je.Dijamin berjaya.Fufufu... ^^
Kami pesan 1 pizza saiz besar,2 saiz sederhana,nugget ayam,onion rings,dan roti.Walaupun kami perempuan tapi dalam bab-bab makan ni kami mampu makan sama lebih banyak daripada lelaki.Terutama waktu tu kami tengah lapar gila nak mati.Don't underestimate girls.



Yum,yum
Lupa nak beritahu,ketiga-tiga pizza tersebut ditambah dengan lebih banyak keju.Bila dah tambah lebih keju,harga pun tambah juga.Hehe...
Selepas itu,Linda juga ikut kami makan bersama.Tambah ahli lagi ^^
Kesimpulannya,pizza Domino memang sedap,Tapi bagi penulis,pizza di Pizza Hut lagi sedap.Mungkin kerana tak biasa makan pizza Domino lagi.Sebab kat tempat tinggal penulis,tak ada Domino.Hehe




Banyak lagi tu

Selesai makan