Assalamualaikum...
Pada cuti semester 1 ini, saya (Farhanah Atiqah) telah pergi ke Rainforest Discovery Centre yang terletak di Sandakan,Sabah. Saya pergi ke sana bersama kawan-kawan sekolah menengah saya yang dua daripadanya pelajar UTM. Kami pergi berempat berikutan kawan-kawan lain sibuk dengan hal masing-masing. Di sini,ingin saya kongsikan pengalaman semasa berada di sana.
Rainforest Discovery Centre ini terletak 23 kilometer dari bandar Sandakan dan merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan di Sabah. Ia terletak tidak jauh daripada Sepilok Rehabilitation Centre. Di sini,anda boleh menyaksikan dan menghayati kecantikan alam semula jadi kerana pusat ini menempatkan pelbagai jenis tumbuhan serta burung. Salah satu burung yang menarik perhatian saya dan kawan-kawan ialah burung kenyalang.
Berikut ialah sedikit informasi
Harga tiket:
Malaysia:RM 2.00 (kanak-kanak) RM 5.00 (dewasa)
Luar negara:RM 10.00 (kanak-kanak/dewasa)
Dibuka setiap hari termasuk pada cuti umum dari jam 8 pagi hingga 5 petang
Gambar-gambar:
 |
| Dari kiri:Kamis,Rayner dan Hana |
 |
| Dari kiri:Kamis,Rayner dan Shahran |
 |
| Hornbill Tower:Menara di mana anda dapat menyaksikan burung kenyalang berterbangan di sekitar kawasan |
 |
| Puncak Hornbill tower |
 |
| Kawasan sekeliling |
 |
| Membaca peta |
 |
| Sepilok giant, pokok terbesar di sini yang memerlukan 17 orang memeluknya |
 |
| Baca peta....lagi |
 |
| Bristlehead Tower |
 |
| Di pondok rehat |
 |
| Ada liputan juga |
 |
| Jambatan gantung yang tidak berbahaya sekiranya anda tidak bergoyang-goyang/melompat di atasnya |
 |
| Gembiranya dua orang ni... |
Itu sahaja untuk kali ini...
Bye...
^^