Beberapa minggu yang lalu,Alia dan Aisyah membeli kupon Domino.Dan,lebih kurang 2 minggu yang lalu,kami memesan pizza daripada Domino.Waktu tu kami baru sahaja balik daripada kelas,dan mendapati bekalan elektrik di Kolej Tun Razak masih lagi terputus.Fuh!Panas sungguh waktu tu.Duduk di bilik terasa seperti duduk di dalam oven.Bukan setakat panas,malah kami juga sangat lapar.Nak makan kat Cengal pun kawasan sana tak ada bekalan elektrik.Dan kami tak mahu makan dalam keadaan yang gelap,manalah tahu,kot-kot nanti tercekik tulang ikan.Jadi,kami,buat pertama kalinya kat Kolej Tun Razak ni,orderlah pizza Domino.Kami kongsi 4 orang,Alia,Farhanah,Linda,dan Hanan.Dan kami pesan 1 pizza bersair besar,dan 2 bersaiz sederhana.
![]() |
| Kupon-kupon Domino yang banyak |
![]() | ||
| Lebih banyak kupon |
Bila pesanan dihantar kepada kami,entah kenapa dia tak ambil kupon yang kami guna untuk pesan pizza yang sebelum itu.Dia siap beri kupon yang baru lagi.Betul-betul menggoda kami untuk memesan lebih banyak pizza,seraya menambahkan lebih banyak berat badan.
![]() |
| 3 pizza,nugget ayam,onion rings dan roti |
Gambar kat atas ni diambil minggu lepas.Kami (Alia dan Farhanah) tengah lapar sangat waktu tu.Jadi kami bercadang nak pesan pizza (lagi).Jadi ajaklah Cynthia sekali.Hoho,inilah kelebihan tinggal di blok yang sama,nak menggoda orang untuk makan bersama tak perlu guna sms.Terus pergi ke bilik je.Dijamin berjaya.Fufufu... ^^
Kami pesan 1 pizza saiz besar,2 saiz sederhana,nugget ayam,onion rings,dan roti.Walaupun kami perempuan tapi dalam bab-bab makan ni kami mampu makan sama lebih banyak daripada lelaki.Terutama waktu tu kami tengah lapar gila nak mati.Don't underestimate girls.
![]() | |
| Yum,yum |
Lupa nak beritahu,ketiga-tiga pizza tersebut ditambah dengan lebih banyak keju.Bila dah tambah lebih keju,harga pun tambah juga.Hehe...
Selepas itu,Linda juga ikut kami makan bersama.Tambah ahli lagi ^^
Kesimpulannya,pizza Domino memang sedap,Tapi bagi penulis,pizza di Pizza Hut lagi sedap.Mungkin kerana tak biasa makan pizza Domino lagi.Sebab kat tempat tinggal penulis,tak ada Domino.Hehe
![]() |
| Banyak lagi tu |
![]() |
| Selesai makan |









