CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Orientasi UTM

Hari pertama masuk UTM, kami semua memang risau+takut+serba tak kena. Macam-macam perasaan ada. Hidayah  tak bersama kami semasa orientasi memandangkan dia masuk UTM lewat sedikit. Kami berkenalan dengan ramai kawan dari pelbagai negeri. Kami juga diminta untuk membuat kumpulan kecil, yang terdiri daripada pelajar jurusan berlainan. Kami diminta memberi nama bagi kumpulan, dan ketua kumpulan kami,Chuah,memberi kumpulan kami nama "Comel".(mula-mula dia nak bagi nama "Cantik",tapi dia diminta untuk memberi nama itu kepada kumpulan lain) Hehe....kami semua memang comel pun. >.<

Inilah heroin kumpulan Comel.Dari kiri:Alia,Farhanah,Aisyah,Farhana,Aiza,Fatin,dan Afifa
Macam-macam aktiviti kami buat bersama semasa minggu orientasi,contohnya 'Explorace'.Masa tu memang gembira sangat. Maklumlah,dah lama sangat tak berlari sana-sini macam kanak-kanak riang. Walaupun meletihkan,namun kami berasa gembira melakukannya sebagai satu kumpulan.
Belakang dari kiri:Azri dan Chuah,Tengah:Farhana,Alia,Yogendra,Aisyah,Depan:Afifa,Aisyah,Aiza,Farhanah,Fatin

Gambar di atas diambil semasa 'Explorace'.Waktu tu kami baru sahaja tiba di perhentian kami iaitu pejabat HEMA. Banyak lagi perhentian yang perlu dituju. Kumpulan kami juga pening kepala mencari tempat perhentian. Walaubagaimanapun,aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada kami. Antaranya ialah kami dapat mengetahui lokasi sesuatu tempat itu sebelum kuliah bermula. Jadi kami tak perlulah tercari-cari di mana perpustakaan nanti.
Ini malam terakhir orientasi kami
Malam terakhir orientasi,setiap kumpulan diminta melakukan persembahan.Kumpulan kami turut tidak terkecuali.Kami menyanyikan lagu raya (masih raya lagi ^^) dan lagu 'Barney and Friends'(kanak-kanak bahagia).Kami juga diminta untuk membawa kuih-muih untuk dimakan bersama-sama.
Dari kiri;Alia,Aisyah,Yogendra



Detik-detik bahagia


You guys are the best,Comel!
Thank you for all the wonderful memories you gave us.
Akhir sekali,selamat tinggal minggu orientasi~
^^